Program Gotong Royong dan Keceriaan

13 Januari 2017 | Sabtu
2.30 petang – 5.30 petang | Pusat Internet 1Malaysia Taman Ilham, Kluang

Tujuan:
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk sikap kerjasama dan mementingkan kebersihan di samping menceriakan lagi PI1M Taman Ilham. Di samping itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pekerja PI1M dengan ahli PI1M.

Kelebihan:
Kebaikan program seperti ini adalah supaya sikap kerjasama dan mementingkan kebersihan dapat dipupuk di kalangan ahli PI1M. Di samping itu, melalui program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara pekerja PI1M bersama dengan ahli-ahli PI1M.

Butir-butir berkaitan:
Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pekerja Pusat Internet 1Malaysia dengan kanak-kanak setempat. Program ini juga bertujuan untuk memupuk sikap kerjasama dan mementingkan kebersihan di kalangan ahli PI1M.
Program ini dilaksanakan pada 13hb Januari 2017 bermula jam 2.30 petang sehingga jam 5.30 petang.
Program ini dijalankan di PI1M Taman Ilham, Kluang

Penglibatan:
Kanak-kanak lingkungan umur 6 tahun hingga 18 tahun.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama