Program Lawatan MCMC ke PI1M Taman Ilham

4 Mac 2017 | Sabtu
2.30 petang – 5.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Taman Ilham, Kluang

Tujuan:
Tujuan program lawatan ini diadakan adalah sebagai salah satu pengisian dalam program Induksi bagi pelatih-pelatih di bawah skim latihan MCMC. Di samping itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pekerja PI1M dengan staf-staf MCMC, Digi dan CCM.

Kelebihan:
Kebaikan program seperti ini adalah dapat memberi pendedahan kepada pelatih induksi MCMC mengenai konsep PI1M di seluruh Malaysia. Di samping itu, melalui program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara pekerja PI1M bersama dengan staf MCMC, staf Digi dan staf CCM yang turut serta menjayakan program ini.

Butir-butir berkaitan:
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih induksi MCMC mengenai PI1M. Program ini dilaksanakan pada 04hb Mac 2017 bermula jam 2.30 petang sehingga jam 5 petang. Program ini dijalankan di PI1M Taman Ilham, Kluang.

Nama VIP:
1. En. Azhar Zin
2. Pn. Roszeta Kassim
3. En. Samsudin Sujak

Penglibatan:
Pelatih induksi di bawah SKIM latihan MCMC

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama