PROGRAM BICARA BERITA HARIAN (BH) : PDPR DILAKSANA LAGI, SUDAH BERSEDIAKAH GURU, MURID?

Aktiviti terkini | 19 Mei 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Taman Ilham

Tujuan :
• PdPR menggunakan modul perlu dirancang secara berstruktur untuk memenuhi keperluan mata pelajaran.br> • Guru boleh juga melaksanakan kaedah PdPR yang lain seperti flipped classroom, pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran masteri, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran penyelesaian masalah.br> • PdPR perlu dirancang mengikut keupayaan murid dan kesediaan sumber yang ada.

Kelebihan Aktiviti :
• PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.
• Guru berperanan untuk menyusun semula Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan takwim persekolahan yang berkuat kuasa.
• Pentadbir perlu memastikan perancangan dan pengurusan PdPR dilaksanakan dengan teliti, cekap dan berkesan untuk mengelakkan pertindanan masa antara mata pelajaran dan lambakan tugasan/latihan kepada murid.
• Ibu bapa/penjaga berperanan untuk membantu anak/anak jagaan mendapat maklumat berkaitan sesi PdPR ataupun arahan/tugasan/kerja rumah yang diberikan guru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :