PROGRAM MIVO 2 : SUKARELAWAN UNTUK SEMUA 2021

Aktiviti terkini | 27 November 2021

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Ilham

Ringkasan Aktiviti :
Program ini diadakan secara online di platform Zoom Meeting anjuran MCMC selama 4 jam.

Tujuan :
Sukarelawan berpeluang untuk menyumbang kepada komuniti setempat melalui media sosial dan platform komunikasi online lain bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19

Butir-Butir Berkaitan :
Bengkel ini diadakan untuk memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada sukarelawan sepanjang aktiviti yang akan dijalankan selama 2 bulan dari 28 November 2021 hingga 28 Januari 2022.

Kelebihan Aktiviti :
• Untuk menyebarkan mesej kesedaran yang berkaitan dengan penggunaan ICT secara positif, selamat dan bertanggungjawab di komuniti setempat.
• Untuk mempromosikan literasi digital dan penggunaan internet yang positif dalam komuniti setempat.
• Untuk meningkatkan gaya hidup melalui platform digital di komuniti setempat.
• Untuk membantu masyarakat setempat untuk menyesuaikan diri dengan budaya norma baru.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :