KELAS ICT PENGENALAN PERKARA ASAS MENGENAI KOMPUTER

Aktiviti terkini | 15 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Taman Ilham

Ringkasan Aktiviti :
Memberi pengenalan kepada pelajar mengenai perkara asas komputer. Mengajar mengenai segala fungsi dan kegunaan yang terdapat di dalam komputer.

Tujuan :
• Memberi pengenalan perkara asas mengenai bagaimana pelajar dapat menggunakan komputer seperti 'on' komputer dan memberi keutamaan kepada pelajar di peringkat sekolah rendah.

Butir-Butir Berkaitan :
• Berlangsung selama 3 jam, yang diadakan secara kelas fizikal di PIK Taman Ilham.

Kelebihan Aktiviti :
• Penekanan lebih kepada pelajar yang baru pertama kali dalam mengendalikan komputer dan lebih-lebih lagi mereka tidak mempunyai komputer di rumah.
• Mereka menjadikan pusat internet sebagai tempat untuk mereka mahir menggunakan komputer.
• Pelajar akan lebih kerap hadir ke PIK dan menggunakan PIK sebagai tempat untuk mereka lebih mahir dalam menggunakan komputer.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :