BENGKEL PROGRAM KDB (KLIK DENGAN BIJAK) DI KOLEJ KEMAHIRAN MENTARI SEMPENA MINGGU SUAIKENAL MAHASISWA

Aktiviti terkini | 15 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
Kolej Kemahiran Mentari Kluang, Johor

Nama VIP :
En Nur Afiq Bin Jasni, Pengurus Kolej Kemahiran Mentari

Ringkasan Aktiviti :
Program dijalankan dengan kerjasama Kolej Kemahiran Mentari. Melibatkan mahasiswa daripada SKM Tahap 3. Diadakan taklimat KDB, Kuiz ICT dan Latihan Dalam Kumpulan.

Tujuan :
Berkongsi maklumat mengenai Klik Dengan Bijak, Cara penggunaan internet dengan betul,Cara mengelak diri daripada Buli Siber dan Oversharing.

Butir-Butir Berkaitan :
Program Klik Dengan Bijak ini dijalankan selama 2 Jam 30 minit di Kolej Kemahiran Mentari Kluang, Johor.

Kelebihan Aktiviti :
• Melahirkan mahasiswa yang mahir terhadap teknologi dan kandungan media baru (Bijak internet)
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan mahasiswa ketika menggunakan internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk mahasiswa melayari internet dan mengelak menyebarkan maklumat palsu.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :