PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN KOLABORASI DARI LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN) DAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM)

Aktiviti terkini | 13-14 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Live PEDi Taman Ilham

Nama VIP :
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ringkasan Aktiviti :
Kanak-kanak dan remaja melakukan dan menyertai pelbagai aktiviti dan permainan menarik yang terdapat di lori KafeTEEN yang diberi nama Mobile KafeTEEN.

Tujuan :
• Sasaran utama program advokasi adalah golongan berusia 13-24 tahun untuk mendedahkan gaya hidup sihat dan positif terutama dalam aspek reproduktif melalui aplikasi MyKafeTeen. Program ini adalah selaras dengan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reprodutif dan Sosial (PEKERTI).

Butir-Butir Berkaitan :
• Program berlangsung selama 2 hari dengan Mobile KafeTEEN (lori) yang dibuka dari jam 10.00pagi sehinggan jam 3.00petang bertempat di PEDi Taman Ilham.

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu remaja menjalani gaya hidup sihat dengan adanya kemudahan Mobile KafeTEEN.
• Remaja dapat beriadah dengan aktiviti outdoor dan indoor, serta pegawai LPPKN dapat menyelami masalah yang dihadapi mereka melalui program MyCounsellor.
• Boleh menambah pengetahuan tentang kesihatan melalui program MyDoctor. Misalnya memberi penekanan mengenai pemahaman mereka cara mencegah COVID-19.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :