FACEBOOK LIVE PEDI TAMAN ILHAM – KLIK DENGAN BIJAK (MAKLUMAT PERIBADI)

Aktiviti terkini | 11 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Live PEDi Taman Ilham

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Memberi penerangan maklumat peribadi yang perlu diberi kawalan dalam melayari internet dan kesan-kesannya jika terlebih kongsi.

Tujuan :
• Supaya ibu bapa dapat mengawal aktiviti anak-anak yang sentiasa melayari internet. Anak-anak juga tahu akan kesan dan akibat jika perbuatan mereka melampaui batas dan tidak dikawal dari awal.

Butir-Butir Berkaitan :
• Facebook live ini bersiaran selama 38 minit di Facebook Pusat Ekonomi Digital - PEDi Taman Ilham.

Kelebihan Aktiviti :
• Maklumat peribadi adalah maklumat yang sulit dan sensitif tentang diri kita. Keselamatannya harus dikawal dengan ketat.
• Dunia Internet sering meminta kita berkongsi maklumat peribadi. Contohnya, ketika mendaftar akaun e-mel atau media sosial, atau menetapkan destinasi penghantaran dalam talian. Jadi kita perlu tahu cara untuk mengawal aktiviti kita.
• Maklumat peribadi kita boleh disalahgunakan seperti kecurian identiti, memproses transaksi dalam talian tanpa kebenaran, atau ancaman keselamatan terhadap anda atau orang tersayang.
• Jadi, ianya amat penting bagi pengguna Internet untuk mengamalkan kawalan privasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :