PROGRAM SEMARAK KEMERDEKAAN TAHUN 2022 & TAKLIMAT DARI PTPTN & KWSP CAWANGAN KLUANG

Aktiviti terkini | 21 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Ilham

Nama VIP :
• Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Ilham dan Tabika Kemas Taman Ilham, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) cawangan Kluang & Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Kluang.

Ringkasan Aktiviti :
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia 2022, PEDi Taman Ilham dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Ilham dan Tabika Kemas Taman Ilham mengadakan “Program Semarak Kemerdekaan Tahun 2022 & Taklimat dari PTPTN & KWSP Cawangan Kluang”.

Tujuan :
• Program ini bertujuan mengeratkan hubungan sesama komuniti setempat, pusat internet, KRT dan Tabika Kemas. Di samping itu juga bagi menyemarakkkan semangat rakyat Malaysia dengan sambutan kemerdekaan.

Butir-Butir Berkaitan :
• Program ini bermula dari jam 8.00 pagi (pendaftaran) dan aktiviti dimulakan dengan taklimat dari pegawai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) cawangan Kluang dan disusuli dengan taklimat dari pegawai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Kluang. Program ini berlangsung selama 4 jam dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.


Kelebihan Aktiviti :
• Taklimat dari PTPTN memberi penekanan berkaitan Skim Simpanan Nasional (SSPN) Tabung Pendidikan untuk anak-anak.
• Taklimat dari KWSP memberi kefahaman kepada orang ramai mengenai skim-skim terbaru dari kerajaan iaitu skim i-lindung dan skim i-saraan.
• Komuniti setempat dapat menjalankan aktiviti bersama setelah 2 tahun terpisah akibat jangkitan virus covid-19.
• Memberi peluang kepada golongan yang tidak mempunyai potongan KWSP (bekerja sendiri atau suri rumah) untuk terus berdaftar dengan KWSP.
• Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi yang baru lahir, boleh terus membuka akaun SSPN.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :