PROGRAM KOMUNITI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BERSAMA KRT

Aktiviti terkini | 29 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Ilham

Nama VIP :
Ustaz Haji Muhaizan Bin Haji Hussin, dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Ilham

Ringkasan Aktiviti :
Sempena sambutan Maulidur Rasul, PEDi Taman Ilham dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Ilham mengadakan ceramah agama oleh Ustaz Haji Muhaizan Bin Haji Hussin bertemakan “Keluarga Johor, Pemangkin Pembangunan Negeri”.

Tujuan :
• Program ini bertujuan untuk memperingati hari keputeraan baginda Rasulullah S.A.W. dan mempamerkan perasaan kasih sayang dan selawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W. di samping itu komuniti setempat dapat beramah mesra serta menjalinkan hubungan yang lebih erat antara satu sama lain.

Butir-Butir Berkaitan :
• Program ini bermula dari jam 9.00 pagi (Pendaftaran) dan aktiviti dimulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan disusuli dengan ceramah agama oleh oleh Ustaz Haji Muhaizan Bin Haji Hussin. Program ini berlangsung selama 2 jam 30 Minit dan berakhirnya pada 11.30 pagi

Kelebihan Aktiviti :
• Ceramah Agama memberi penekanan berkaitan dengan hari peringatan Nabi Muhammad S.A.W.
• Melalui ceramah agama ini juga dapat meningkatkan ilmu keagamaan serta nasihat di dalam semua aspek kehidupan.
• Komuniti setempat dapat saling menghormati antara satu sama lain, mengelakkan permusuhan dan pertelingkahan, saling bersatu padu walaupun berlainan agama.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :