PROGRAM HARI GRADUASI TABIKA KEMAS TAMAN ILHAM KERJASAMA KRT TAMAN ILHAM DAN PEDI TAMAN ILHAM

Aktiviti terkini | 25 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
Tabika Kemas Taman Ilham

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
• Program dijalankan di Tabika Kemas Taman Ilham untuk meraikan pelajar yang telah tamat pembelajaran di peringkat pra-sekolah.
• Ucapan dan kata-kata aluan oleh Pengerusi Tabika dan Tetamu Kehormat disertai bacaaan doa.
• Pemberian hadiah dan sijil kepada para pelajar.

Tujuan :
• Memberi pengiktirafan kepada kanak-kanak berumur 6 tahun yang telah menamatkan pembelajaran di peringkat prasekolah di Tabika KEMAS dan bagi meningkatkan keyakinan diri mereka sebelum memasuki alam persekolahan.
• Ia juga sebagai salah satu program sosialisasi untuk memasyarakatkan kanak-kanak ini dengan dunia luar selain mempersiapkan mereka dengan sahsiah,sosial, kemahiran, jati diri, fizikal dan mental.
• Memperkenalkan Tabika KEMAS sebagai platform bagi anak-anak belajar dan membina keyakinan diri supaya potensi mereka dapat dikembangkan.

Butir-Butir Berkaitan :
• Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan ketibaan para pelajar dan ibu bapa serta tetamu kehormat dan berakhir pada jam 11.30 tengah hari.
• Para pelajar bersiap sedia dengan pakaian graduasi dengan ditemani ibu bapa.
• Program berakhir dengan penyampaian hadiah dan cenderahati oleh pihak sekolah.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menyemaikan rasa keinginan kanak-kanak untuk terus berjaya dan menyematkan sikap ingin belajar bersungguh hingga ke Manara Gading seperti mana impian setiap ibu bapa yang mendoakan kecemerlangan anak-anak demi masa depan mereka kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :