PC HARDWARE - PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN KOMPUTER

Aktiviti terkini | 8 Mac 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Taman Ilham

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Kelas ini diadakan di NADI Taman Ilham selama 2 jam dan disertai oleh ahli NADI. Ahli NADI diberi penerangan mengenai komputer secara fizikal terlebih dahulu sebelum menjawab soalan kuiz yang disediakan untuk menguji kefahaman peserta mereka terhadap topik yang telah dipelajari.

Tujuan :
• Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada ahli NADI untuk mengenal pasti definisi dan fungsi komputer serta mengenali komponen-komponen utama komputer. Selain itu, kelas ini dapat melahirkan dan memupuk perasaan tanggungjawab terhadap pentingnya mempelajari bidang ICT supaya tidak ketinggalan zaman. Seterusnya membantu ahli NADI meningkatkan pengetahuan komputer dan memupuk sikap positif terhadap ICT dan perkomputeran.

Butir-Butir Berkaitan :
• Penerangan berkaitan PC Hardware dan fungsi setiap perkakasan
• Ahli NADI diberi masa untuk menjawab soalah kuiz yang disediakan untuk menguji kafahaman mereka.
• Penyampaian hadiah.

Kelebihan Aktiviti :
• Mempertingkatkan tahap pengetahuan murid-murid terhadap ICT dan komputer.
• Memastikan murid-murid memahami asas komputer dan cara mengendalikannya dengan betul.
• Memastikan murid mahir perisian-perisian asas yang dapat membantu murid dalam pembelajaran.
• Mengaplikasikan pengetahuan perkomputeran dalam kaedah pembelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :