Program Maal Hijrah dan Advokasi
Tarikh : 13 Oktober 2016
Hari : Khamis
Tempat : Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim
Tujuan :
• Tujuan program ini diadakan adalah untuk Sambutan Maal Hijrah sempena tahun baru dalam bulan Islam. Selain itu, program ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar dan guru tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial. Program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pekerja PI1M bersama pelajar sekolah dan guru-guru.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :Program ini bertujuan untuk menyambut Sambutan Maal Hijrah dan mengeratkan hubungan antara pekerja Pusat Internet 1Malaysia dengan para pelajar dan guru-guru. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar dan guru tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial. Program ini dilaksanakan pada 13hb Oktober 2016 bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari. Program ini dijalankan di Dewan Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim.
Kebaikan/Kelebihan aktiviti :Kebaikan program seperti ini adalah untuk mendedahkan pelajar sekolah tentang penyatuan ummah. Di samping itu, program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar dan guru tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pekerja PI1M bersama para pelajar dan guru.