Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.
Berita TerkiniUntuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam.
Pelaksanaan program ini sudah berada di Fasa Pertama yang mana ianya berlangsung dari 1 September – 30 November 2016 serentak di seluruh Malaysia.
Program ini turut mendapat kerjasama dari komuniti pereka grafik terbesar di Malaysia “Grafik Malaya” (GM).
Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh dilayari di pautan berikut www.dakwahdigitalkdb.my
Pertandingan poster ini adalah berdasarkan tema yang ditetapkan seperti berikut:
Tema 1: Sabar Sebelum Sebar (Perkongsian Maklumat Palsu) (1 Sept – 15 Sept)
Tema 2: Mana Adab? (Penggunaan Berhemah) (16 Sept – 30 Sept)
Tema 3: Syurga Ekspress? (Extremism) (1 Okt – 15 Okt)
Tema 4: Permata Hatiku (Pelindungan Kanak-Kanak di Atas Talian)(16 Okt – 30 Okt)
Tema 5: Antara Pahala dan Dosa (Perkongsian Maklumat) (31 Okt – 14 Nov)
Tema 6: Menjauhkan yang Dekat (Ketagihan Internet) (15 Nov – 29 Nov)
Penyertaan setiap peserta dihadkan kepada satu (1) hasil karya bagi setiap tema. Peserta boleh menghantar sebanyak enam (6) hasil karya bagi penyertaan iaitu satu bagi setiap tema, bagi keseluruhan pertandingan.
Hasil karya hendaklah dihantar kepada pihak penganjur bagi tujuan pertandingan ini dalam bentuk jpeg. dan dimuatnaik ke portal pertandingan iaitu di laman sesawang www.dakwahdigitalkdb.my
Sekiranya hasil karya yang dihantar dipilih sebagai pemenang, peserta yang berkenaan hendaklah menghantar fail hasil karya beresolusi tinggi kepada pihak penganjur. Kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan hasil karya tersebut tidak termasuk dalam aktiviti tertentu seperti publisiti.