Program Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda Dan Pengunaan Gajet Di Laman Sosial
18 Februari 2017 | Sabtu
8.00 pagi – 1.10 petang | Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara 1
Tujuan:
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerapkan nilai-nilai kepimpinan serta tanggungjawab yang telah diberikan oleh pihak sekolah. Disamping itu program ini juga menerangkan tentang pengunaan gajet di laman sosial supaya mereka tidak melakukan kesalahan yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri.
Kelebihan:
Kebaikan dan juga kelebihan daripada program ini adalah mereka dapat menanam sikap kepimpinan dan kewibawaan dalam usia muda yang boleh mereka bawa sehingga dewasa kelak. Selain itu juga dalam program ini juga telah telah didedahhkan tentang cara penggunaan gajet dilaman sosial supaya mereka tidak melakukan kesilapan dalam era yang serba moden sekarang ini.
Butir-butir berkaitan:
Program ini bertujuan untuk menyedarkan mereka tentang tanggungjawab terhadap tugas yang telah diberikan oleh para guru. Selain itu, program ini turut menerapkan nilai-nilai kepimpinan dalam diri mereka selain mengajar mereka amanah dalam tugas yang disandang seperti pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, ketua kelas dan penolong ketua kelas.
Dalam program ini juga mereka telah didedahkan tentang penggunaan gajet di laman sosial. Hal ini membolehkan mereka dapat membenteras dan memantau penggunaan yang tidak wajar atau salah dikalangan rakan-rakan sekolah dan juga diri sendiri.
Program ini dilaksanakan pada 18 Februari 2017 bermula jam 8:00 pagi sehingga jam 1.10 tengah hari.
Program ini dijalankan di SK. Bandar Tenggara 1
Penglibatan:
1). Pelajar sekolah yang berumur dari 10 tahun sehingga 12 tahun.
2). Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Taman Sayong Pinang Bandar Tenggara.
3). CIkgu Seri Zaleha dan Cikgu Ani ( Smart Q konsultant)
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:
Berdiri dari Kanan: Nur Hidayah (Pengurus), Siti Alwa (Pen.Pengurus), Emey Umaira( Pen.Pengurus Pi1M Taman Ilham)
Duduk dihadapan Dari Kanan: Cikgu Seri Zaleha dan Cikgu Aini