ADOBE PHOTOSHOP VANISHING POINT SIRI 2
Aktiviti terkini | 10 September 2021Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Taman Ilham
Ringkasan Aktiviti :
Perkongsian ini diadakan secara langsung di ‘Facebook Page’ PIK Taman Ilham di mana pihak PIK memberi penerangan dan tunjuk ajar menggunakan teknik Vanishing Point di aplikasi Adobe Photoshop.
Tujuan :
• Teknik Vanishing Point dapat menentukan satah dalam gambar, dan kemudian menerapkan suntingan seperti melukis, mengklon, menyalin atau menampal, dan mengubah sesuai dengan perspektif bidang yang digunakan.
• Apabila suntingan seperti mengubah, menambah, atau membuang kandungan dalam gambar dibuat, hasilnya lebih realistik kerana pengeditan tersebut berorientasi dengan tepat dan disesuaikan dengan bidang perspektif.
• Grafik yang di sunting menggunakan Vanishing Point, boleh terus di edit di Photoshop.
• Untuk mengekalkan maklumat bidang perspektif dalam gambar, dokumen boleh di simpan dalam format JPA, TIFF, atau JPEG.
Butir-Butir Berkaitan :
• Sesi pengajaran dilakukan secara online selama 1 jam di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Taman Ilham.
• Sesi pengajaran merangkumi tutorial meletakkan grafik di permukaan tangga dengan menggunakan teknik Vanishing Point. Mulai dari membuat beberapa satah pada sudut yang berbeza hingga menampal atau melukis sepanjang perspektif untuk menghasilkan corak yang menarik di permukaan perspektif.
Kelebihan Aktiviti :
• Selepas mempelajari teknik ini, pelajar dapat memahami Vanishing Point mempermudah penyuntingan perspektif yang betul pada gambar yang mengandungi bidang perspektif misalnya, sisi bangunan, dinding, lantai, atau objek segi empat tepat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :