SESI TAKLIMAT DAN TEMUDUGA BAGI PENGAMBILAN KEMASUKAN SEBAGAI PERANTIS SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) AKADEMI VOKASIONAL MCDONALD’S

Aktiviti terkini | 20 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Ilham

Nama VIP :
• SRZ Padu Consultancy dengan kerjasama Syarikat Operasi McDonald’s Malaysia iaitu Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd.

Ringkasan Aktiviti :
Memberi taklimat mengenai Program Perantis Vokasional McDonald's dan menemuduga colan yang berminat untuk menyertai program ini.

Tujuan :
• Program Perantis Vokasional McDonald's adalah salah satu inisiatif dari McDonald's Malaysia untuk membantu golongan belia yang ingin memulakan kerjaya mereka di McDonalds. Program ini telah mula diperkenalkan sejak tahun 2018. Program Perantis Vokasional McDonald's secara Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) ini adalah hasil kerjasama McDonald's Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Butir-Butir Berkaitan :
• Sesi taklimat ini dijalankan dari pukul 10.30 pagi hingga 1.00 tengah hari di PEDi Taman Ilham. Program ini tebuka kepada remaja yang berumur 17 sehingga 27 tahun dengan kelayakan minimum SPM. Calon yang berminat akan terus ditemuduga untuk menyertai program ini.

Kelebihan Aktiviti :
• Program latihan sambil bekerja selama 18 bulan ini diiktiraf oleh kerajaan. Program ini menawarkan perantis pembelajaran teori (30%) & praktikal (70%) di Akademi Vokasional McDonald’s dalam bidang Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan Segera (HT-031-3-2016)
• Perantis akan mendapat elaun sehingga RM1,350.00 sebulan tidak termasuk bayaran kerja lebih masa. Selepas tamat latihan, pelatih akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.
• Akademi Vokasional McDonald’s tidak mengenakan sebarang yuran latihan, Segala kos/yuran latihan ditanggung sepenuhnya oleh Akademi Vokasional McDonald’s.
• Calon-calon perantis boleh memohon untuk menjalani latihan sambil bekerja di restoran-restoran yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :