FACEBOOK LIVE PEDI TAMAN ILHAM - BAJET 2022 (PERANTISISWA)

Aktiviti terkini | 9 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Live PEDi Taman Ilham

Nama VIP :
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Ilham

Ringkasan Aktiviti :
Memberi penerangan dan berkongsi kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 kebaikan-kebaikan Peranti Siswa Keluarga Malaysia.

Tujuan :
• Bertujuan untuk membantu proses pembelajaran mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 melalui pemberian sebuah peranti.

Butir-Butir Berkaitan :
• Facebook live ini bersiaran selama 37 minit di Facebook Pusat Ekonomi Digital - PEDi Taman Ilham.

Kelebihan Aktiviti :
• Inisiatif Peranti Siswa ini membuktikan keprihatinan Kerajaan yang cakna dengan keperluan pembelajaran terutamanya bagi golongan B40 bagi membentuk komuniti digital Keluarga Malaysia serta merapatkan jurang digital antara semua kelompok Keluarga Malaysia.
• Dalam program Peranti Siswa ini akan membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT). Kerajaan menyediakan peruntukan 450 juta ringgit di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira 65 juta ringgit.
• Melalui pelan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan masing-masing dapat membantu para pelajar untuk memiliki peranti yang bersesuaian bagi menjalani aktiviti pembelajaran dalam talian dengan mudah selain melakukan aktiviti harian lain seperti melayari Internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :