SESI TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN KEPADA USAHAWAN

Aktiviti terkini | 1 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
Secara maya dengan menggunakan platform Microsoft Team

Nama VIP :
• Unit Pemasaran Bahagian Pemasaran Dan Pembangunan Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Ringkasan Aktiviti :
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menganjurkan sesi taklimat Pendaftaran Perniagaan peringkat nasional sebagai salah satu aktiviti di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) setiap bulan bermula Julai 2022 dengan kerjasama bersama pihak SKMM.

Tujuan :
• Program ini bertujuan untuk memberi penerangan pendaftaran perniagaan serta turut menawarkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) secara PERCUMA kepada kepada golongan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa dan mengikuti pengajian di dalam negara termasuk mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan inisiatif ini.

Butir-Butir Berkaitan :
• Sesi taklimat yang dijalankan secara maya dengan menggunakan platform Microsoft Team ini bersiaran selama 2 jam.

Kelebihan Aktiviti :
• Taklimat ini sangat menunjukkan kaedah dan cara-cara untuk mendaftar perniagaan secara atas talian dengan mudah dan pantas.
• Orang ramai atau sebeagi pembeli akan lebih yakin dengan produk dan perniagaan apabila seseorang peniaga itu telah membuat mendaftaran SPPP ini.
• Segala pengurusan tender-tender kerajaan akan menjadi lebih mudah kerana peniga-peniaga ini berdaftar dengan SPPP.
• Memberi keyakinan yang tinggi bagi pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya untuk membuka perniagaan secara tidak langsung dapat membantu dalam menampung kos pengajiannya


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :