KEYBOARD JUMP – CARA UNTUK MENAIP DENGAN CEPAT
Aktiviti terkini | 6 April 2024Tempat Aktiviti:
NADI Taman Ilham
Nama VIP :
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
Kelas ini diadakan di NADI Taman Ilham selama 2 jam dan disertai oleh ahli NADI. Ahli NADI diberi penerangan mengenai komputer secara fizikal terlebih dahulu sebelum menjawab soalan kuiz yang disediakan untuk menguji kefahaman peserta mereka terhadap topik yang telah dipelajari.
Tujuan :
• Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada ahli NADI bagaimana cara untuk menaip dengan cepat dan pada masa yang sama juga ahli NADI dapat mengenali setiap key yang berada keyboard computer mengikut susunan. Keyboard Jump ini merupakan aplikasi ICT yang dapat memberi Latihan menaip dengan graphic yang menarik agar dapat menarik perhatian kanak-kanak mahupun remaja untuk menyertai aplikasi tersebut.
Butir-Butir Berkaitan :
• Penerangan berkaitan keybroad dan cara penggunaan dan menaip dengan betul
• Ahli NADI diberi masa untuk menjawab soalah kuiz yang disediakan untuk menguji kefahaman mereka.
• Penyampaian hadiah.
Kelebihan Aktiviti :
• Mempertingkatkan tahap pengetahuan murid-murid terhadap ICT dan komputer.
• Memastikan murid-murid memahami setiap key yang berada didalam keyboard dan cara mengendalikannya dengan betul.
• Mengaplikasikan pengetahuan perkomputeran dalam kaedah pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :