TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK DAN S.A.F.E INTERNET DI SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA PENGGELI TIMUR

Aktiviti terkini | 23 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Felda Penggeli Timur

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
• Program dijalankan di Sekolah Kebangsaan Felda Penggeli Timur oleh PEDi Taman Sayong Pinang, PEDi Kampung Sri Lukut dan PEDi Taman Ilham.
• Memberi taklimat tentang penggunaan internet dengan bijak dan selamat.
• Aktiviti yang dijalankan adalah sesi soal jawab dan kuiz teka silang kata bersama para pelajar.
• Pemberian hadiah kepada pelajar yang dapat menjawab soalan dengan betul dan dapat menjawab kuiz terpantas.

Tujuan :
• Dapat memperkenalkan PEDi kepada para pelajar dan guru.
• Menerangkan fungsi dan kelebihan PEDi dan secara tidak langsung dapat mempromosikan PEDi untuk menarik lebih ramai pengunjung ke PEDi.
• Dapat menjalinkan kerjasama antara pihak sekolah dan PEDi.

Butir-Butir Berkaitan :
• Program ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dipecahkan kepada 2 sesi untuk pelajar Tahap 1 dan Tahap 2.
• Sesi soal jawab dan kuiz diadakan selepas taklimat untuk menguji kefahaman para pelajar.
• Program berakhir dengan penyampaian hadiah dan cenderahati oleh pihak sekolah.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar akan kepentingan penggunaan internet dengan selamat.
• Mendidik para pelajar supaya lebih berhati-hati untuk berkongsi sebarang maklumat peribadi di internet.
• Menerapan etika yang baik dan mempelajari pendekatan interaktif dalam aplikasi-aplikasi media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :