PROGRAM BAKING “KEK LAPIS PANDAN” ANJURAN JIRAN WANITA

Aktiviti terkini | 29 September 2024

Tempat Aktiviti:
Balairaya Jiran Wanita Taman Ilham

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti dijalankan selama 2 jam 30 minit bertempat di Balai Raya Taman Ilham dan dihadiri oleh komuniti Taman Ilham terutamanya golongan wanita. Peserta diberi penerangan ringkas mengenai cara untuk membuat kek lapis Pandan dan diberi panduan seperti buku resepi kepada semua yang menyertai kelas memasak

Tujuan :
• Aktiviti ini dapat mengisi masa lapang komuniti Taman Ilham dengan aktiviti yang berfaedah seterusnya dapat merapatkan hubungan silaturrahim. Peserta dapat mengetahui dan mempelajari membuat kek lapis Pandan.

Butir-Butir Berkaitan :
• Pendaftaran
• Penerangan mengenai resepi kek lapis pandan dan cara membuat kek lapis pandan

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta sediakan bahan-bahan yang diperlukan mengikut sukatan yang betul.
• Peserta akan mendapat pendedahan mengenai cara untuk membuat kek lapis pandan yang mudah dan sedap mengikut citarasa komuniti setempat.
• Kek Lapis Pandan yang telah siap dimasak dijamu bersama-sama oleh peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :