Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Bandar Kluang telah wujud seawal tahun 1910. Polisi kerajaan negeri yang menggariskan rancangan membangunkan tengah Johor dan Kluang sebagai pusat komunikasi telah menjadikan Kluang sebagai pusat pertumbuhan baru. Pembukaan ladang-ladang dan pembinaan landasan keretapi mendorong lebih ramai penduduk berhijrah dan mendiami bandar Kluang.

Bandar Kluang terus berkembang maju di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara. Dengan perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah rancangan Malaysia Lima Tahun dan komitmen kerajaan Negeri untuk membangunkan daerah Kluang, peranan Bandar Kluang sebagai pusat pertumbuhan kawasan tengah Johor semakin nyata.

Sektor-sektor ekonomi semakin berkembang dengan pesat. Selain penempatan awal penduduk yang sedia ada, taman-taman perumahan baru terus dibangunkan. Pembinaan kompleks perniagaan di Pusat Bandar Kluang, pembangunan taman-taman perumahan baru dan pembukaan kawasan perindustrian menjadi penyumbang utama kepada perkembangan Bandar Kluang.

Bilangan premis kediaman, perdagangan dan perindustrian bertambah dengan pesat. Bilangan keseluruhan pegangan terus meningkat dari 20,500 dalam tahun 1988 kepada 42,455 pegangan dalam tahun 2000. Peningkatan bilangan pegangan ini terus menyumbang kepada pertambahan hasil Majlis dari RM7.72 juta dalam tahun 1988 meningkat kepada RM16.6 juta dalam tahun 2000.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM TRASH TO CASH BERSAMA KRT DAN TABIKA KEMASTAMAN ILHAM DENGAN KERJASAMA SOUTHERN WASTE MANAGEMENT SDN BHD

Aktiviti Terkini | 3 Disember 2023

Tujuan program ini dijalankan untuk menggalakkan penyertaan komunti dalam program kitar semua disamping mengurangkan pengeluaran sisa ke tapak pelupusan....................baca selanjutnya

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BERSAMA KRT TAMAN ILHAM

Aktiviti Terkini | 4 November 2023

Program ini bertujuan untuk memperingati hari keputeraan baginda Rasulullah S.A.W. dan mempamerkan perasaan kasih sayang dan selawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W. di samping itu komuniti setempat dapat beramah mesra serta menjalinkan hubungan yang lebih erat antara satu sama lain...................baca selanjutnya

JUALAN PRODUK USAHAWAN SEMPENA JUALAN RAHMAH

Aktiviti Terkini | 21 Oktober 2023

Memberi keterangan kepada komuniti setempat mengenai produk jualan yang dijalankan sempena jualan Rahmah berlangsung..................baca selanjutnya

BENGKEL PROGRAM KDB (KLIK DENGAN BIJAK) DI KOLEJ KOMUNITI KLUANG

Aktiviti Terkini | 5 September 2023

Berkongsi maklumat Klik Dengan Bijak mengenai hak sebagai pengguna Digital serta dapat kenalpasti jenis -jenis jenayah siber. ................baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWAN JUALAN CILI HIJAU BERSAMA KOMUNITI TAMAN ILHAM.

Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2023

Memberi kesedaran kepada komuniti setempat mengenai cara untuk menaman tumbuhan seperti sayuran. Dengan ada tanaman tersebut dapat mendatangkan hasil yang lumayan................baca selanjutnya

PROGRAM USAHAWAN BERSAMA YAPIEM AR-RAHNU.

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2023

Memberi keterangan kepada komuniti setempat mengenai perkhidmatan yang di sediakan oleh Yapiem untuk usahawan komuniti setempat serta maklumat mengenai urusan jual beli mengenai emas...............baca selanjutnya

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN GOTONG – ROYONG BERSAMA KOMUNITI TAMAN ILHAM

Aktiviti Terkini | 22 Jun 2023

Memberi keterangan kepada komuniti setempat mengenai maklumat kesihatan seperti tekanan darah dan kolesterol yang bahaya dalam tubuh badan jika tidak dapat diikawal..............baca selanjutnya

PROGRAM MAJLIS PERUJIAN TILAWAH AL-QURAN DAN KO-KURIKULUM SEKOLAH AGAMA ZON 1 DAERAH KLUANG.

Aktiviti Terkini | 8 Mei 2023

Melatih pelajar untuk berkomunikasi secara terbuka di kalangan ramai serta dapat mengetahui cara syarahan yang betul mengikut tema yang telah disediakan.............baca selanjutnya

LATIHAN ICT - CARA MEMBUAT E-KAD DIGITAL SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MENGUNAKAN PERISIAN CANVA

Aktiviti Terkini | 15 April 2023

Menerangkan secara ringkas perisian Canva yang merupakan alat reka bentuk grafik dalam talian yang percuma untuk digunakan seterusnya berkongsi maklumat cara membuat graphic kad digital mengikut kreativiti Ahli PEDi. ...........baca selanjutnya

BENGKEL USAHAWAN – LANGKAH PERMULAAN PERNIAGAAN SECARA ONLINE

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2023

Berkongsi maklumat mengenai langkah untuk memulakan perniagaan di dalam atas talian...........baca selanjutnya

BENGKEL MEMULAKAN PERNIAGAAN DAN PENDAFTARAN SSM

Aktiviti Terkini | 15 Februari 2023

Berkongsi maklumat mengenai cara untuk memulakan perniagaan serta cara untuk pendaftaran SSM..........baca selanjutnya

BENGKEL PROGRAM KDB (KLIK DENGAN BIJAK) DI KOLEJ VOKASIONAL KLUANG

Aktiviti Terkini | 15 Februari 2023

Berkongsi maklumat Klik Dengan Bijak mengenai hak sebagai pengguna Digital serta dapat kenalpasti jenis -jenis jenayah siber. .........baca selanjutnya

BENGKEL ONLINE BANKING - CARA MEMBUAT PENDAFTARAN BARU ONLINE BANKING / APPLICATION ONLINE BANKING

Aktiviti Terkini | 25 Januari 2023

Dapat memudahkan penguna untuk berurusan dengan bank dengan hanya mengunakan laman web dan application online Banking.........baca selanjutnya

PROGRAM KDB (KLIK DENGAN BIJAK) BERSAMA TABIKA TAMAN ILHAM

Aktiviti Terkini | 5 Januari 2023

Berkongsi maklumat mengenai Klik Dengan Bijak, Cara penggunaan internet dengan betul. Cara bermain permainan di dalam atas talian........baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti