Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Bandar Kluang telah wujud seawal tahun 1910. Polisi kerajaan negeri yang menggariskan rancangan membangunkan tengah Johor dan Kluang sebagai pusat komunikasi telah menjadikan Kluang sebagai pusat pertumbuhan baru. Pembukaan ladang-ladang dan pembinaan landasan keretapi mendorong lebih ramai penduduk berhijrah dan mendiami bandar Kluang.

Bandar Kluang terus berkembang maju di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara. Dengan perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah rancangan Malaysia Lima Tahun dan komitmen kerajaan Negeri untuk membangunkan daerah Kluang, peranan Bandar Kluang sebagai pusat pertumbuhan kawasan tengah Johor semakin nyata.

Sektor-sektor ekonomi semakin berkembang dengan pesat. Selain penempatan awal penduduk yang sedia ada, taman-taman perumahan baru terus dibangunkan. Pembinaan kompleks perniagaan di Pusat Bandar Kluang, pembangunan taman-taman perumahan baru dan pembukaan kawasan perindustrian menjadi penyumbang utama kepada perkembangan Bandar Kluang.

Bilangan premis kediaman, perdagangan dan perindustrian bertambah dengan pesat. Bilangan keseluruhan pegangan terus meningkat dari 20,500 dalam tahun 1988 kepada 42,455 pegangan dalam tahun 2000. Peningkatan bilangan pegangan ini terus menyumbang kepada pertambahan hasil Majlis dari RM7.72 juta dalam tahun 1988 meningkat kepada RM16.6 juta dalam tahun 2000.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Program Gunting Rambut Percuma dan Ceramah Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 29 Disember 2017

Tujuan program ini diadakan adalah melaksanakan kewajipan sosial untuk membantu pelajar dari keluarga miskin dan sederhana menikmati kemudahan menggunting... baca selanjutnya

Kuiz ICT dan Tayangan Video Sempena Cuti Sekolah

Aktiviti Terkini | 2 Disember 2017

Program ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran ICT yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik dan kecekapan pengurusan... baca selanjutnya

Perasmian PI1M Taman Ilham

Aktiviti Terkini | 4 November 2017

Bertujuan memberi pendedahan kepada penduduk tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di PI1M... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak dan Tutorial Blogger

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2017

Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan mendedahkan kepada para pelajar Giatmara Kluang tentang ciri-ciri keselamatan... baca selanjutnya

Program Motivasi dan Kursus Kepimpinan

Aktiviti Terkini | 4 Oktober 2017

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk sikap kempimpinan sejak dari bangku sekolah... baca selanjutnya

Program KDB dan Pertandingan Buku Skrap Sempena Sambutan Hari Malaysia

Aktiviti Terkini | 30 September 2017

Untuk menghayati sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada tarikh 16 September, untuk mendedahkan kepada ahli PI1M tentang ciri-ciri... baca selanjutnya

KDB dan Menghias PI1M Sempena Sambutan Hari Kemerdeaan Malaysia yang ke-60

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2017

Untuk memupuk sikap kerjasama dan menghayati Hari Kemerdekaan Malaysia di samping menceriakan lagi PI1M Taman Ilham, mengeratkan silaturrahim antara pekerja PI1M dengan ahli PI1M Taman Ilham... baca selanjutnya

Program KDB di Sekolah Kebangsaan(F) Sungai Sibol dan Sekolah Kebangsaan Penggeli Timur

Aktiviti Terkini | 9 & 16 Ogos 2017

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memotivasikan pelajar yang hendak ambil peperiksaan... baca selanjutnya

Marhaban dan Jamuan Raya

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2017

Bertujuan untuk menyambut Hari Raya dan Marhaban bersama dengan ahli PI1M Taman Ilham dan JKKK Taman Ilham... baca selanjutnya

Majlis Perasmian PI1M Taman Sayong Pinang

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2017

Majlis Perasmian dan Sambutan Hari Raya PI1M Taman Sayong Pinang. Sukaneka diadakan pada sebelah pagi, dan Majlis Perasmian serta Sambutan Hari Raya diadakan pada sebelah petang majlis... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 9 Jun 2017

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada ahli-ahli PI1M Taman Ilham tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial. Di samping itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pekerja PI1M dengan ahli PI1M... baca selanjutnya

Pertandingan Berteraskan Ilmu ICT

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2017

Tujuan ini diadakan untuk menguji tahap kemahiran ICT para pelajar. Selain itu tujuan aktiviti ini diadakan kerana ingin memberi penghargaan kepada ahli ahli PI1M yang selalu memberikan kerjasama yang baik... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak dan E-Waste
“Satu Kejiranan Erat Perpaduan”

Aktiviti Terkini | 8 April 2017

Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan mendedahkan kepada ibu bapa dan orang awam tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk mengumpulkan barang E-waste untuk pelupusan dengan cara yang betul... baca selanjutnya

Program Lawatan MCMC ke PI1M Taman Ilham

Aktiviti Terkini | 4 Mac 2017

Tujuan program lawatan ini diadakan adalah sebagai salah satu pengisian dalam program Induksi bagi pelatih-pelatih di bawah skim latihan MCMC. Di samping itu, program ini juga... baca selanjutnya

Program Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda Dan Pengunaan Gajet Di Laman Sosial

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2017

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerapkan nilai-nilai kepimpinan serta tanggungjawab yang telah diberikan oleh pihak sekolah. Disamping itu program ini juga menerangkan tentang pengunaan gajet di laman sosial supaya mereka tidak melakukan kesalahan yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri... baca selanjutnya

Program Pertandingan Rekacipta Lego Online

Aktiviti Terkini | 11 Februari 2017

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengaplikasikan ilmu yang peserta belajar semasa di dalam kelas ICT. Di samping itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pekerja PI1M dengan ahli PI1M... baca selanjutnya

Program Gotong Royong dan Keceriaan

Aktiviti Terkini | 13 Januari 2017

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk sikap kerjasama dan mementingkan kebersihan di samping menceriakan lagi PI1M Taman Ilham. Di samping itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pekerja PI1M dengan ahli PI1M... baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Taman Ilham ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Taman Ilham seperti kelas komputer dan sebagainya.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun 2016 | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun 2016 | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan... baca selanjutnya