Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Bandar Kluang telah wujud seawal tahun 1910. Polisi kerajaan negeri yang menggariskan rancangan membangunkan tengah Johor dan Kluang sebagai pusat komunikasi telah menjadikan Kluang sebagai pusat pertumbuhan baru. Pembukaan ladang-ladang dan pembinaan landasan keretapi mendorong lebih ramai penduduk berhijrah dan mendiami bandar Kluang.
Bandar Kluang terus berkembang maju di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara. Dengan perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah rancangan Malaysia Lima Tahun dan komitmen kerajaan Negeri untuk membangunkan daerah Kluang, peranan Bandar Kluang sebagai pusat pertumbuhan kawasan tengah Johor semakin nyata.
Sektor-sektor ekonomi semakin berkembang dengan pesat. Selain penempatan awal penduduk yang sedia ada, taman-taman perumahan baru terus dibangunkan. Pembinaan kompleks perniagaan di Pusat Bandar Kluang, pembangunan taman-taman perumahan baru dan pembukaan kawasan perindustrian menjadi penyumbang utama kepada perkembangan Bandar Kluang.
Bilangan premis kediaman, perdagangan dan perindustrian bertambah dengan pesat. Bilangan keseluruhan pegangan terus meningkat dari 20,500 dalam tahun 1988 kepada 42,455 pegangan dalam tahun 2000. Peningkatan bilangan pegangan ini terus menyumbang kepada pertambahan hasil Majlis dari RM7.72 juta dalam tahun 1988 meningkat kepada RM16.6 juta dalam tahun 2000.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020Kursus Taklimat Keselamatan Kebakaran Dan Praktikal Penggunaan Alat Pemadam Api
Aktiviti Terkini | 9 Disember 2018Program pada bulan ini khusus untuk kakitangan Pusat Internet (Digi) sahaja iaitu Kursus taklimat keselamatan kebakaran dan praktikal penggunaan alat pemadam api yang akan di jalankan di Balai Bomba Rengit. Tujuan kursus ini diadakan untuk meningkatkan... baca selanjutnya
Hari Keusahawanan & Kokurikulum SK Pendas Laut
Aktiviti Terkini | 18 November 2018Bertujuan untuk meningkatkan kerjasama komuniti setempat, mengeratkan hubungan sesama staf dan meningkatkan kemahiran pemasaran produk... baca selanjutnya
Program Advokasi Klik Dengan Bijak(KDB), SMK Dato, Onn
Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2018Program KDB ini memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai keselamatan internet bagi pengguna internet bawah umur dan penggunaan internet secara positif dan berguna salah satu langkah bijak dalam dunia cyber ini... baca selanjutnya
Kelas Tutor Matematik
Aktiviti Terkini | 28 September 2018Program ini bertujuan sebagai persediaan para pelajar menghadapi peperiksaan akhir tahun subjek Matematik... baca selanjutnya
Kem Mahabbah Di SK. (F). Pengeli Timur
Aktiviti Terkini | 3 Ogos 2018Dapat meningkatkan semangat motivasi dan kerjasama antara mereka dan gaya berfikir akan potensi diri... baca selanjutnya
Taklimat Klik Dengan Bijak Dan Program Kepimpinan Khalifah Genius
Aktiviti Terkini | 12 Julai 2018Program ini telah dijalankan dengan jayanya. Di samping itu para pelajar dapat meningkatkan keyakinan daripada diri mereka. Selain itu, mereka dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah disampaikan... baca selanjutnya
Jamuan Hari Raya Dan Marhaban
Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyambut Hari Raya dan Marhaban bersama dengan ahli PI Taman Ilham dan JKKK Taman Ilham. Di samping itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pekerja PI dengan mereka... baca selanjutnya
Taklimat Klik Dengan Bijak dan Kuiz ICT
Aktiviti Terkini | 15 Mei 2018Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar sekolah tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial, dan berkenaan dengan bahaya buli siber... baca selanjutnya
Taklimat Klik Dengan Bijak dan Kuiz ICT
Aktiviti Terkini | 24 April 2018Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar sekolah tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial, dan berkenaan dengan bahaya buli siber... baca selanjutnya
Taklimat Klik Dengan Bijak, Kuiz ICT dan Kepimpinan Khalifah Genius
Aktiviti Terkini | 31 Mac 2018Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang penggunaan gadjet dan juga kebaikan serta keburukan... baca selanjutnya
Taklimat Klik Dengan Bijak, Kuiz ICT dan Kepimpinan Khalifah Genius
Aktiviti Terkini | 10 Februari 2018Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang penggunaan gadjet dan juga kebaikan serta keburukan... baca selanjutnya
Bengkel Pengenalan Projek Agriculture Flagship (Agf)- Fasa 1 Dan Pelaksanaan Aplikasi Mudah Alih M@Myagro
Aktiviti Terkini | 5 Februari 2018Pendedahan tentang applikasi myagromkepada pegawai kerajaan bahagian pertanian serta menerangkan fungsi PI1M sebagai tempat penggunaan internet utk setiap pegawai pertanian mengumpulkan semua usahawan, petani, penternak dan nelayan mengisi data berkaitan dalam applikasi tersebut... baca selanjutnya
Program Klik Dengan Bijak dan Gotong-royong
Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk sikap kerjasama dan mementingkan kebersihan di samping menceriakan lagi PI1M Taman Ilham. Program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pekerja PI1M dengan ahli PI1M... baca selanjutnya