Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Bandar Kluang telah wujud seawal tahun 1910. Polisi kerajaan negeri yang menggariskan rancangan membangunkan tengah Johor dan Kluang sebagai pusat komunikasi telah menjadikan Kluang sebagai pusat pertumbuhan baru. Pembukaan ladang-ladang dan pembinaan landasan keretapi mendorong lebih ramai penduduk berhijrah dan mendiami bandar Kluang.
Bandar Kluang terus berkembang maju di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara. Dengan perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah rancangan Malaysia Lima Tahun dan komitmen kerajaan Negeri untuk membangunkan daerah Kluang, peranan Bandar Kluang sebagai pusat pertumbuhan kawasan tengah Johor semakin nyata.
Sektor-sektor ekonomi semakin berkembang dengan pesat. Selain penempatan awal penduduk yang sedia ada, taman-taman perumahan baru terus dibangunkan. Pembinaan kompleks perniagaan di Pusat Bandar Kluang, pembangunan taman-taman perumahan baru dan pembukaan kawasan perindustrian menjadi penyumbang utama kepada perkembangan Bandar Kluang.
Bilangan premis kediaman, perdagangan dan perindustrian bertambah dengan pesat. Bilangan keseluruhan pegangan terus meningkat dari 20,500 dalam tahun 1988 kepada 42,455 pegangan dalam tahun 2000. Peningkatan bilangan pegangan ini terus menyumbang kepada pertambahan hasil Majlis dari RM7.72 juta dalam tahun 1988 meningkat kepada RM16.6 juta dalam tahun 2000.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020Program Pertandingan ICT dan Mewarna
Aktiviti Terkini | 23 Disember 2016Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengaplikasikan ilmu yang peserta belajar semasa di dalam kelas ICT... baca selanjutnya
Program Keusahawanan Lawatan ke Ladang Ternakan Madu Kelulut
Aktiviti Terkini | 3 Disember 2016Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta tentang khasiat madu kelulut disamping boleh memperoleh ilmu keusahawanan dalam bidang industri madu. Program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara... baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PI1M-PI1M JOHOR DI SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM, JOHOR
Aktiviti Terkini | 9 November 2016Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pekerja Pusat Internet 1Malaysia dengan para pelajar dan guru-guru. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar dan guru tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial... baca selanjutnya
Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016
Berita Terkini | September - November 2016Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam... baca selanjutnya
Program Maal Hijrah dan Advokasi
Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2016Tujuan program ini diadakan adalah untuk Sambutan Maal Hijrah sempena tahun baru dalam bulan Islam. Selain itu, program ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar dan guru tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial. Program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pekerja PI1M bersama pelajar sekolah dan guru-guru... baca selanjutnya
KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016
Sepanjang Tahun 2016 | Aktiviti TerkiniDi PI1M Taman Ilham ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Taman Ilham seperti kelas komputer dan sebagainya.
Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif
Berita Terkini | Februari 2016Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun 2016 | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya... baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun 2016 | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan... baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya
Latihan Usahawan PERCUMA !!
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniOrang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan... baca selanjutnya