Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Bandar Kluang telah wujud seawal tahun 1910. Polisi kerajaan negeri yang menggariskan rancangan membangunkan tengah Johor dan Kluang sebagai pusat komunikasi telah menjadikan Kluang sebagai pusat pertumbuhan baru. Pembukaan ladang-ladang dan pembinaan landasan keretapi mendorong lebih ramai penduduk berhijrah dan mendiami bandar Kluang.

Bandar Kluang terus berkembang maju di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara. Dengan perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah rancangan Malaysia Lima Tahun dan komitmen kerajaan Negeri untuk membangunkan daerah Kluang, peranan Bandar Kluang sebagai pusat pertumbuhan kawasan tengah Johor semakin nyata.

Sektor-sektor ekonomi semakin berkembang dengan pesat. Selain penempatan awal penduduk yang sedia ada, taman-taman perumahan baru terus dibangunkan. Pembinaan kompleks perniagaan di Pusat Bandar Kluang, pembangunan taman-taman perumahan baru dan pembukaan kawasan perindustrian menjadi penyumbang utama kepada perkembangan Bandar Kluang.

Bilangan premis kediaman, perdagangan dan perindustrian bertambah dengan pesat. Bilangan keseluruhan pegangan terus meningkat dari 20,500 dalam tahun 1988 kepada 42,455 pegangan dalam tahun 2000. Peningkatan bilangan pegangan ini terus menyumbang kepada pertambahan hasil Majlis dari RM7.72 juta dalam tahun 1988 meningkat kepada RM16.6 juta dalam tahun 2000.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


PROGRAM MUDA MUDI YZ

Aktiviti Terkini | 28 Disember 2019

Pengisian Program untuk mengumpulkan anak-anak muda dari generasi Y dan generasi Z...baca selanjutnya

HARI TRANSFORMASI NIAGA

Aktiviti Terkini | 3 November 2019

Pengisian Program sebelum cuti persekolahan, pendedahan seni usahawan kepada murid-murid, memupuk nilai ukhwah dan integrity....baca selanjutnya

PROGRAM WARNA-WARNI MUKIM KAHANG 2019

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2019

Program yang bertemakan kemasyarakatan yang berbilang bangsa, agama dan budaya....baca selanjutnya

TAKLIMAT PROGRAM SUKARELAWAN ICT MALAYSIA (MIV) ASO 2019

Aktiviti Terkini | 1 Oktober 2019

Aktiviti MIV ASO ini akan dijalankan sebelum penamatan siaran TV Analog yang dijangkakan akan dibuat pada 30 September 2019...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BENGKEL KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA

Aktiviti Terkini | 1 Oktober 2019

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar sekolah tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial, dan berkenaan dengan bahaya buli siber...baca selanjutnya

SUKANEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 21 September 2019

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menanam semangat cintakan negara sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia...baca selanjutnya

KELAS KECANTIKAN OLEH MARY KAY

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2019

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim pengurusan PI bersama usahawan Taman Ilham...baca selanjutnya

-->

TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini |3 Julai 2019

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar Giatmara tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial, dan berkenaan dengan bahaya buli siber...baca selanjutnya

PROGRAM INOVASI KITAR SEMULA E-WASTE

Aktiviti Terkini | 20 Jun 2019

Sebanyak 6 buah sekolah telah menyertai Pertandingan Inovasi Kitar Semula (E-waste). Seramai 4 orang pelajar dan seorang guru pembimbing menyertai dari setiap sekolah. Program ini juga melibatkan berberapa Staff daripada Pusat Internet Malaysia antaranya Pusat Internet Taman Sayong Pinang, Pusat Internet Taman Iham, Pusat Internet Kg. Sri Lukut, Pusat Internet Felda Bukit Besar, Pusat Internet Gelang Patah dan Pusat Internet Paya Mengkuang....baca selanjutnya

Pertandingan Permainan Bayblade

Aktiviti Terkini | 30 Mei 2019

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menceriakan kanak-kanak dan menarik perhatian mereka untuk datang ke PI. Selain itu, program seperti ini juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli PI dan pekerja PI... baca selanjutnya

Program Jom Membaca 10 Minit dan Taklimat Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 23 April 2019

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar sekolah tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial, dan berkenaan dengan bahaya buli siber. Di samping itu, program ini juga dapat mempertingkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti berkaitan pembacaan dan keilmuan... baca selanjutnya

Taklimat Klik dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 10, 16, 17, 23 & 25 April 2019

Pendedahan yang diberikan dalam program ini dapat mendidik para pelajar tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial, d an berkenaan dengan bahaya buli siber... baca selanjutnya

Taklimat Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2019

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar sekolah tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media social, dan berkenaan dengan bahaya buli siber... baca selanjutnya

Program JomStudi

Aktiviti Terkini | 15 Februari 2019

Sebagai pendedahan kepada portal JomStudi yang merupakan hab pembelajaran digital yang menyediakan kandungan pendidikan berkualiti untuk ditawarkan kepada pelajar, terutamanya bagi mereka yang mendiami kawasan yang kurang mendapat perhatian... baca selanjutnya

Program Pembangunan Kapasiti Advokasi Pusat Internet Kluster Kluang

Aktiviti Terkini | 16 Januari 2019

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerangkan dan menyampaikan kepada team Kluster Kluang modul Klik Dengan Bijak yang terkini. Modul ini telah dikemaskini oleh SKMM dengan isu semasa... baca selanjutnya