Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Bandar Kluang telah wujud seawal tahun 1910. Polisi kerajaan negeri yang menggariskan rancangan membangunkan tengah Johor dan Kluang sebagai pusat komunikasi telah menjadikan Kluang sebagai pusat pertumbuhan baru. Pembukaan ladang-ladang dan pembinaan landasan keretapi mendorong lebih ramai penduduk berhijrah dan mendiami bandar Kluang.
Bandar Kluang terus berkembang maju di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara. Dengan perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah rancangan Malaysia Lima Tahun dan komitmen kerajaan Negeri untuk membangunkan daerah Kluang, peranan Bandar Kluang sebagai pusat pertumbuhan kawasan tengah Johor semakin nyata.
Sektor-sektor ekonomi semakin berkembang dengan pesat. Selain penempatan awal penduduk yang sedia ada, taman-taman perumahan baru terus dibangunkan. Pembinaan kompleks perniagaan di Pusat Bandar Kluang, pembangunan taman-taman perumahan baru dan pembukaan kawasan perindustrian menjadi penyumbang utama kepada perkembangan Bandar Kluang.
Bilangan premis kediaman, perdagangan dan perindustrian bertambah dengan pesat. Bilangan keseluruhan pegangan terus meningkat dari 20,500 dalam tahun 1988 kepada 42,455 pegangan dalam tahun 2000. Peningkatan bilangan pegangan ini terus menyumbang kepada pertambahan hasil Majlis dari RM7.72 juta dalam tahun 1988 meningkat kepada RM16.6 juta dalam tahun 2000.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020PENGENALAN KEMAHIRAN PEMBELAJARAN DIGITAL MASA DEPAN (FS4A) PENGATURCARAAN MICROBIT SECARA LANGSUNG DARI PAGE FACEBOOK PUSAT INTERNET
Aktiviti Terkini | 13 Disember 2020Future Skills for All memperkasa guru untuk mengajar sains komputer dengan sumber dan panduan atas talian secara percuma. Murid boleh mengikuti pembelajaran pada kadar yang sesuai dengan tahap masing-masing....baca selanjutnya
PROGRAM BICARA KLIK DENGAN BIJAK LIVE : WASPADA AKAUN PALSU DI MEDIA SOSIAL
Aktiviti Terkini | 10 Disember 2020Memberi pendedahan kepada pengguna media sosial mengenai akaun palsu di media sosial untuk mengelakkan pengguna daripada menjadi mangsa penipuan....baca selanjutnya
PROGRAM BICARA KLIK DENGAN BIJAK – TIP MENANGANI RISIKO DALAM TALIAN DI KALANGAN REMAJA
Aktiviti Terkini | 24 NOVEMBER 2020Memberi pendedahan kepada remaja untuk menggunakan internet dengan bijak dan mengelakkan dari tertipu melalui aktiviti atas talian....baca selanjutnya
TEMUDUGA PELAJAR LEPASAN SPM ANJURAN KOLEJ ALFA
Aktiviti Terkini | 3 OKTOBER 2020Temuduga lepasan pelajar SPM bagi tujuan menyambung pelajaran di Kolej Alfa....baca selanjutnya
BENGKEL ONLINE “WANITA CUKUP BERANI”
Aktiviti Terkini | 1-3 September 2020Bengkel Online Wanita Cukup Berani Anjuran Maggi Bermula 1-3 Sept 2020...baca selanjutnya
BENGKEL MIV BERSAMA KOMUNITI<
Aktiviti Terkini | 5 September 2020Bengkel MIV Bersama Komuniti Secara Online...baca selanjutnya
MICROBIT REFRESHER COURSE
Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2020Bengkel Pembelajaran Microbit Secara Online Melalui Youtube Live...baca selanjutnya
ONLINE SAFETY TRAINING FPC FIRE PREVENTION CENTRE MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 24 Julai 2020Taklimat dan Latihan Mengenai Langkah – langkah Mencegah Kebakaran Secara Online Melalui Aplikasi Zoom...baca selanjutnya
PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Aktiviti Terkini |10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya
TRAINING MARKETING HOTLINK
Aktiviti Terkini | 7 Mac 2020Kursus pemasaran untuk pekerja yang baru menyertai team Hotlink ...baca selanjutnya
BENGKEL PENGISIAN MAKLUMAT AGRIS GEOPORTAL (INDUSTRI ASAS TANI)
Aktiviti Terkini |20 Februari 2020Mengisi maklumat Agris Geoportal di dalam talian secara online...baca selanjutnya
KUIZ KAHOOT DAN MINI EXPLORACE ICT
Aktiviti Terkini |17 Januari 2020Program bulanan yang diadakan untuk ahli pusat internet. Kuiz kahoot mengnai KDB dan juga mini explorace mengenai ICT....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya