Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PIK menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PIK
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Bandar Kluang telah wujud seawal tahun 1910. Polisi kerajaan negeri yang menggariskan rancangan membangunkan tengah Johor dan Kluang sebagai pusat komunikasi telah menjadikan Kluang sebagai pusat pertumbuhan baru. Pembukaan ladang-ladang dan pembinaan landasan keretapi mendorong lebih ramai penduduk berhijrah dan mendiami bandar Kluang.
Bandar Kluang terus berkembang maju di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara. Dengan perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah rancangan Malaysia Lima Tahun dan komitmen kerajaan Negeri untuk membangunkan daerah Kluang, peranan Bandar Kluang sebagai pusat pertumbuhan kawasan tengah Johor semakin nyata.
Sektor-sektor ekonomi semakin berkembang dengan pesat. Selain penempatan awal penduduk yang sedia ada, taman-taman perumahan baru terus dibangunkan. Pembinaan kompleks perniagaan di Pusat Bandar Kluang, pembangunan taman-taman perumahan baru dan pembukaan kawasan perindustrian menjadi penyumbang utama kepada perkembangan Bandar Kluang.
Bilangan premis kediaman, perdagangan dan perindustrian bertambah dengan pesat. Bilangan keseluruhan pegangan terus meningkat dari 20,500 dalam tahun 1988 kepada 42,455 pegangan dalam tahun 2000. Peningkatan bilangan pegangan ini terus menyumbang kepada pertambahan hasil Majlis dari RM7.72 juta dalam tahun 1988 meningkat kepada RM16.6 juta dalam tahun 2000.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021FACEBOOK LIVE PEDI TAMAN ILHAM – KLIK DENGAN BIJAK (BULI SIBER)
Aktiviti Terkini | 5 Disember 2021Dengan perkongsian dan pendededahan mengenai perkara ini, buli siber dapat dicegah dan dikawal. Supaya ramai yang boleh menjadi mangsa buli dapat dihindarkan dan mereka dapat diselamatkan..........baca selanjutnya
PROGRAM MIVO 2 : SUKARELAWAN UNTUK SEMUA 2021
Aktiviti Terkini | 27 November 2021Sukarelawan berpeluang untuk menyumbang kepada komuniti setempat melalui media sosial dan platform .........baca selanjutnya
KELAS ICT PENGENALAN PERKARA ASAS MENGENAI KOMPUTER
Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2021Memberi pengenalan perkara asas mengenai bagaimana pelajar dapat menggunakan komputer seperti 'on' komputer dan memberi keutamaan kepada pelajar di peringkat sekolah rendah.............baca selanjutnya
ADOBE PHOTOSHOP VANISHING POINT SIRI 2
Aktiviti Terkini | 10 September 2021Teknik Vanishing Point dapat menentukan satah dalam gambar, dan kemudian menerapkan suntingan seperti melukis, mengklon, menyalin atau menampal, dan mengubah sesuai dengan perspektif bidang yang digunakan............baca selanjutnya
BENGKEL USAHAWAN SHOPEE
Aktiviti Terkini | 2 Ogos 2021Semua usahawan yang belum ada akaun shopee dan mempunyai produk yang sesuai/berpotensi dapat menyertai bengkel ini untuk mempelajari ilmu dalam memulakan perniagaan melalui platform e-Dagang...........baca selanjutnya
“FACEBOOK LIVE: MICROSOFT EXCEL”
Aktiviti Terkini | 9,17,23 Julai 2021Fungsi utama program microsoft excel adalah sebagai aplikasi atau software pengolah angka..........baca selanjutnya
“BENGKEL MALAYSIA ICT VOLUNTEER ONLINE (MIVO): SUKARELAWAN UNTUK SEMUA 2021”
Aktiviti Terkini | 12 Jun 2021Malaysia ICT Volunteer (MIV) merupakan satu platform yang bertujuan untuk memperkasakan warga Malaysia untuk menjadi warga digital pintar.........baca selanjutnya
PROGRAM BICARA BERITA HARIAN (BH) : PDPR DILAKSANA LAGI, SUDAH BERSEDIAKAH GURU, MURID?>
Aktiviti Terkini | 19 Mei 2021PdPR menggunakan modul perlu dirancang secara berstruktur untuk memenuhi keperluan mata pelajaran.........baca selanjutnya
MINGGU SAINS NEGARA (MSN) 2021
Aktiviti Terkini | 1-7 April 2021Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan STI dalam kehidupan seharian........baca selanjutnya
SEMINAR MENGENAI CHILD ONLINE PROTECTION 2021 ANJURAN BERSAMA MCMC & UNICEF
Aktiviti Terkini | 30 Mac 2021Ia adalah sebuah platform perkongsian bagi pelbagai pihak berkepentingan dari Malaysia dan negara-negara lain untuk bertukar pandangan, pengalaman, serta amalan terbaik.......baca selanjutnya
FB LIVE PROGRAM WANITA ANTI JENAYAH DADAH : KESAN TERHADAP WANITA & INSTITUSI KEKELUARGAAN
Aktiviti Terkini | 3 Mac 2021Memberi maklumat dan pendedahan tentang bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah kepada wanita dan institusi kekeluargaan......baca selanjutnya
BENGKEL FUTURE SKILLS FOR ALL SIRI HTML, SIRI PHYTON, SIRI SQL
Aktiviti Terkini | 23-25 Februari 2021Siri HTML - Murid akan mempelajari asas pengaturcaraan untuk membina sebuah laman web.....baca selanjutnya
KELAS ONLINE ICT : ADOBE PHOTOSHOP SIRI 1 SECARA LANGSUNG DARI FACEBOOK PAGE PUSAT INTERNET TAMAN ILHAM
Aktiviti Terkini | 16 Januari 2021Untuk mendedahkan pelajar dan orang ramai bahawa software photoshop adalah suatu program editing gambar yang dipergunakan untuk membuat, mengolah dan menghasilkan suatu gambar (image) digital dengan cara teknik dan meng-efek, supaya gambar berbeza dari gambar original dan berkualiti tinggi berbanding aplikasi di telefon pintar.....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya