Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Bandar Kluang telah wujud seawal tahun 1910. Polisi kerajaan negeri yang menggariskan rancangan membangunkan tengah Johor dan Kluang sebagai pusat komunikasi telah menjadikan Kluang sebagai pusat pertumbuhan baru. Pembukaan ladang-ladang dan pembinaan landasan keretapi mendorong lebih ramai penduduk berhijrah dan mendiami bandar Kluang.
Bandar Kluang terus berkembang maju di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara. Dengan perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah rancangan Malaysia Lima Tahun dan komitmen kerajaan Negeri untuk membangunkan daerah Kluang, peranan Bandar Kluang sebagai pusat pertumbuhan kawasan tengah Johor semakin nyata.
Sektor-sektor ekonomi semakin berkembang dengan pesat. Selain penempatan awal penduduk yang sedia ada, taman-taman perumahan baru terus dibangunkan. Pembinaan kompleks perniagaan di Pusat Bandar Kluang, pembangunan taman-taman perumahan baru dan pembukaan kawasan perindustrian menjadi penyumbang utama kepada perkembangan Bandar Kluang.
Bilangan premis kediaman, perdagangan dan perindustrian bertambah dengan pesat. Bilangan keseluruhan pegangan terus meningkat dari 20,500 dalam tahun 1988 kepada 42,455 pegangan dalam tahun 2000. Peningkatan bilangan pegangan ini terus menyumbang kepada pertambahan hasil Majlis dari RM7.72 juta dalam tahun 1988 meningkat kepada RM16.6 juta dalam tahun 2000.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM BAKING “KEK LAPIS PANDAN” ANJURAN JIRAN WANITA
Aktiviti Terkini | 29 September 2024Aktiviti ini dapat mengisi masa lapang komuniti Taman Ilham dengan aktiviti yang berfaedah seterusnya dapat merapatkan hubungan silaturrahim. .............................baca selanjutnya
MICROSOFT OFFICE WORD - MEMBUAT CARTA ORGANISASI
Aktiviti Terkini | 9 Ogos 2024Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada ahli NADI cara untuk membuat carta organisasi yang telah disediakan oleh microsoft Office Word. ............................baca selanjutnya
MICROSOFT OFFICE WORD - MEMPELAJARI CARA FORMAT FONT DAN MEMASUKKAN SIMBOL DAN IMEJ DALAM WORD
Aktiviti Terkini | 5 Julai 2024Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada ahli NADI cara untuk mengubah format seperti tulisan. . ..........................baca selanjutnya
MICROSOFT OFFICE EXCEL – HOW TO CREATE TABLE WITH EXCEL
Aktiviti Terkini | 1 Jun 2024Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada ahli NADI untuk mengenal pasti cara untuk membuat kotak di dalam Microsoft Office Excel. .........................baca selanjutnya
QUIZIZZ – PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN KOMPUTER
Aktiviti Terkini | 17 Mei 2024Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada ahli NADI untuk mengenal setiap perkakasan computer serta fungsinya. Dengan mengenal perkakasan computer ini , ahli NADI dapat mengetahui cara untuk menggunakan perkakasan tersebut secara berhemah dan berhati- hati kerana ia melibatkan peralatan eletronik yang mengunakan kuasa elektrik.........................baca selanjutnya
KEYBOARD JUMP – CARA UNTUK MENAIP DENGAN CEPAT
Aktiviti Terkini | 6 April 2024Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada ahli NADI bagaimana cara untuk menaip dengan cepat dan pada masa yang sama juga ahli NADI dapat mengenali setiap key yang berada keyboard computer mengikut susunan. Keyboard Jump ini merupakan aplikasi ICT yang dapat memberi Latihan menaip dengan graphic yang menarik agar dapat menarik perhatian kanak-kanak mahupun remaja untuk menyertai aplikasi tersebut. .......................baca selanjutnya
PC HARDWARE - PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN KOMPUTER
Aktiviti Terkini | 8 Mac 2024Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada ahli NADI untuk mengenal pasti definisi dan fungsi komputer serta mengenali komponen-komponen utama komputer. ......................baca selanjutnya
Program Hari Graduasi Tabika Kemas Taman Ilham Kerjasama Krt Taman Ilham Dan Pedi Taman Ilham
Aktiviti Terkini | 25 Februari 2024Memberi pengiktirafan kepada kanak-kanak berumur 6 tahun yang telah menamatkan pembelajaran di peringkat prasekolah di Tabika KEMAS dan bagi meningkatkan keyakinan diri mereka sebelum memasuki alam persekolahan......................baca selanjutnya
TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK DAN S.A.F.E INTERNET DI SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA PENGGELI TIMUR
Aktiviti Terkini | 23 Januari 2024Dapat memperkenalkan PEDi kepada para pelajar dan guru.....................baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya