Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Bandar Kluang telah wujud seawal tahun 1910. Polisi kerajaan negeri yang menggariskan rancangan membangunkan tengah Johor dan Kluang sebagai pusat komunikasi telah menjadikan Kluang sebagai pusat pertumbuhan baru. Pembukaan ladang-ladang dan pembinaan landasan keretapi mendorong lebih ramai penduduk berhijrah dan mendiami bandar Kluang.

Bandar Kluang terus berkembang maju di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara. Dengan perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah rancangan Malaysia Lima Tahun dan komitmen kerajaan Negeri untuk membangunkan daerah Kluang, peranan Bandar Kluang sebagai pusat pertumbuhan kawasan tengah Johor semakin nyata.

Sektor-sektor ekonomi semakin berkembang dengan pesat. Selain penempatan awal penduduk yang sedia ada, taman-taman perumahan baru terus dibangunkan. Pembinaan kompleks perniagaan di Pusat Bandar Kluang, pembangunan taman-taman perumahan baru dan pembukaan kawasan perindustrian menjadi penyumbang utama kepada perkembangan Bandar Kluang.

Bilangan premis kediaman, perdagangan dan perindustrian bertambah dengan pesat. Bilangan keseluruhan pegangan terus meningkat dari 20,500 dalam tahun 1988 kepada 42,455 pegangan dalam tahun 2000. Peningkatan bilangan pegangan ini terus menyumbang kepada pertambahan hasil Majlis dari RM7.72 juta dalam tahun 1988 meningkat kepada RM16.6 juta dalam tahun 2000.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


BENGKEL PROGRAM KDB (KLIK DENGAN BIJAK) DI KOLEJ KEMAHIRAN MENTARI SEMPENA MINGGU SUAIKENAL MAHASISWA

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2022

Berkongsi maklumat mengenai Klik Dengan Bijak, Cara penggunaan internet dengan betul,Cara mengelak diri daripada Buli Siber dan Oversharing.......baca selanjutnya

BENGKEL COMMUNICATION SKILLS - CARA MENARIK PERHATIAN PELANGGAN

Aktiviti Terkini | 4 Disember 2022

Dapat mengetahui cara kemahiran komunikasi serta dapat menyampaikan maklumat jualan melalui komunikasi secara bersemuka atau di dalam media sosial (offline & online).......baca selanjutnya

COMMUNICATE@MCMC SESI 2/22 - PERANAN INISIATIF KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DALAM MEMPERKASA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 14 November 2022

Berkongsi maklumat mengenai perbincangan panel yang mengetengahkan penyelidikan yang dijalankan, penemuan utama dan cadangan dalam kajian.......baca selanjutnya

KELAS ICT-RESUME MENGUNAKAN PERISIAN CANVA

Aktiviti Terkini | 10 November 2022

Berkongsi maklumat mengenai cara membuat resume dengan menggunakan perisian CANVA serta cara menarik perhatian majikan untuk membaca resume. .....baca selanjutnya

PROGRAM KOMUNITI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BERSAMA KRT

Aktiviti Terkini | 29 Oktober 2022

Program ini bertujuan untuk memperingati hari keputeraan baginda Rasulullah S.A.W. dan mempamerkan perasaan kasih sayang .....baca selanjutnya

FB LIVE PEDI TAMAN ILHAM - FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH MENGATASI BANJIR DI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 12 September 2022

Memberi kesedaran awal kepada orang ramai supaya bersiap lebih awal dalam menghadapi banjir.....baca selanjutnya

KELAS SHOPEE UNIVERSITI ASAS & PERTENGAHAN (PUPUK@SHOPEE) – NAIK TARAF KEDAI SHOPEE ANDA

Aktiviti Terkini | 9 September 2022

Webinar ini dianjurkan oleh kerjasama Shopee dan MCMC untuk membantu usahawan mempelajari cara-cara untuk memulakan perniagaan atas talian di Shopee. Usahawan yang mendaftar akan mendapat akses untuk menyertai webinar ini....baca selanjutnya

PROGRAM SEMARAK KEMERDEKAAN TAHUN 2022 & TAKLIMAT DARI PTPTN & KWSP CAWANGAN KLUANG

Aktiviti Terkini | 21 Ogos 2022

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan sesama komuniti setempat, pusat internet, KRT dan Tabika Kemas. Di samping itu juga bagi menyemarakkkan semangat rakyat Malaysia dengan sambutan kemerdekaan................baca selanjutnya

SESI TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN KEPADA USAHAWAN

Aktiviti Terkini | 1 Ogos 2022

Program ini bertujuan untuk memberi penerangan pendaftaran perniagaan serta turut menawarkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) secara PERCUMA kepada kepada golongan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa dan mengikuti pengajian di dalam negara termasuk mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan inisiatif ini................baca selanjutnya

SESI TAKLIMAT DAN TEMUDUGA BAGI PENGAMBILAN KEMASUKAN SEBAGAI PERANTIS SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) AKADEMI VOKASIONAL MCDONALD’S

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2022

Program Perantis Vokasional McDonald's adalah salah satu inisiatif dari McDonald's Malaysia untuk membantu golongan belia yang ingin memulakan kerjaya mereka di McDonalds. Program ini telah mula diperkenalkan sejak tahun 2018. Program Perantis Vokasional McDonald's secara Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) ini adalah hasil kerjasama McDonald's Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia...............baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE PEDI TAMAN ILHAM – DIGI (JUARA INTERNET FAMILIKU)

Aktiviti Terkini | 5 Julai 2022

Pakej terbaru Digi ini membawa kempen dengan tawaran masa terhad untuk setiap keluarga menikmati telefon pintar dan tablet percuma di samping penjimatan hebat merentas rangkaian produk Prabayar, Pascabayar dan Fiber Digi...............baca selanjutnya

BENGKEL MIV WITH COMMUNITY @ JOHOR STATE OFFICE

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2022

Sukarelawan dilantik untuk membantu pelbagai komuniti di kawasan-kawasan yang dikenal pasti dalam kerja-kerja yang memberi tumpuan kepada penggunaan peralatan ICT dan pembangunan ICT dalam masyarakat..............baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE PEDI TAMAN ILHAM - KLIK DENGAN BIJAK (MAKLUMAT PALSU)

Aktiviti Terkini | 5 Jun 2022

Supaya komuniti akan lebih faham dengan maksud maklumat palsu dan dapat mendidik diri sendiri dan orang sekeliling mereka supaya tidak membuat penyebaran maklumat palsu..............baca selanjutnya

WEBINAR PROGRAM PENERIMAGUNAAN DIGITAL MDEC @ PEDI

Aktiviti Terkini | 18 Mei 2022

Memanfaatkan PEDi sebagai pusat sehenti menjalankan aktiviti edagang.............baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE PEDI TAMAN ILHAM - BAJET 2022 (PERANTISISWA)

Aktiviti Terkini | 9 Mei 2022

Bertujuan untuk membantu proses pembelajaran mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 melalui pemberian sebuah peranti.............baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE PEDI TAMAN ILHAM – KLIK DENGAN BIJAK : JENAYAH SIBER (KETAHUI HAK & TANGGUNGJAWAB ANDA)

Aktiviti Terkini | 5 April 2022

Supaya pengguna-pengguna internet akan lebih berwasapada dalam melayari internet atau ketika mengisi maklumat peribadi di internet supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber............baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE PEDI TAMAN ILHAM – KLIK DENGAN BIJAK (MAKLUMAT PERIBADI)

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2022

Supaya ibu bapa dapat mengawal aktiviti anak-anak yang sentiasa melayari internet. Anak-anak juga tahu akan kesan dan akibat jika perbuatan mereka melampaui batas dan tidak dikawal dari awal...........baca selanjutnya

LAWATAN KERJA MALAYSIAN COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA COMMISSION (MCMC) @PEDI TAMAN ILHAM

Aktiviti Terkini | 16 Februari 2022

Memberi cadangan bagi penambaikan program-program yang sedia ada yang telah dilakukan di PEDi bagi menarik lebih ramai orang untuk menggunakan PEDi serta dapat memberi lebih manfaat kepada orang ramai...........baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN KOLABORASI DARI LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN) DAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM)

Aktiviti Terkini | 13-14 Februari 2022

Sasaran utama program advokasi adalah golongan berusia 13-24 tahun untuk mendedahkan gaya hidup sihat dan positif terutama dalam aspek reproduktif melalui aplikasi MyKafeTeen. Program ini adalah selaras dengan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reprodutif dan Sosial (PEKERTI)..........baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE PEDI TAMAN ILHAM – MICROSOFT EXCEL UNTUK 'INTERMEDIATE' (CARTA PIVOT)

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2022

Dengan perkongsian dan pendededahan mengenai perkara ini, pengguna yang sentiasa menggunakan Microsoft Excel (seperti pelajar, pekerja pejabat, dll) dapat menfaatkan fungsi yang terdapat dalam carta ‘pivot’ dan dapat menghasilkan hasil pembentangan yang lebih menarik...........baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti